Namia Journal
  • HOME
  • PENAFIAN
  • PETA LAMAN
  • HUBUNGI SAYA
  • HOME
  • KEHIDUPAN
  • KECANTIKAN
  • PARENTING
  • REVIEW

Monday, December 30, 2019

Bye Bye 2019

 December 30, 2019     2 comments   


Selamat tingal 2019 yang penuh dengan segala memori, setiap tahun pasti akan ada azam yang kita buat tapi sejak beberapa tahun ni kita hanya letak kan beberapa azam yang sama dan akan ulang sampai azam tu tercapai.

dan beberapa azam saya dah pun tercapai misalnya nak kawen sebelum umur 35 tahun dan nak ada anak sebelum umur 35 tahun jugak. jadi sebelum tahun 2020 azam saya dah pun tercapai dan boleh lah buat azam baru. tapi masih belum fikir apa azam nya.

apa pulak azam tahun 2020 korang?


Read More

Saturday, December 28, 2019

Cekodok Leper Untuk Hi Tea

 December 28, 2019     1 comment   


Sila jangan tanya kenapa cekodok yang kita buat ni jadi leper, hahahahah dah banyak kali buat pun tetap akan jadi leper tak pernah nak jadi bulat macam maktok buat.

bila duduk rumah otak asik fikir pasal makan tapi tak nak makan makanan berat sebab petang-petang kan. jadi dengan rasa malas kita pun pergi tengok apa yang ada dekat dapur tu kot-kot lah ada benda yang boleh di buat supaya jadi makanan.

selepas 10 minit kita cuma nampak ada tepung gandum dengan telur je ( malas nak geledah lama-lama sebenarnya ) jadi kita curah je tepung gandung dalam bekas telak telur pastu curah garam dan sikit serbuk kari.. bancuh dengan air panas .. awas ya jangan terlalu cair bancuhan tepung nya.. pandai-pandai korang lah nak agak cam mana. dah tu goreng lah dalam kuali ikut korang nak jadikan leper atau bulat atau petak pun boleh.

maka terjadilah cekodok leper untuk hi tea .. cukup lah tu bukan nak makan banyak mana pun. nanti malam nak makan lagi kan jadi makan sikit sudah lah .. hahahahah bapak kejam ayat cam tu.. kira okey lah tu dari lapar tak reti nak masak. yang penting sedap.. cerewet tak payah makan simple .... hahahahaha....

Read More

Wednesday, December 25, 2019

Fred & Flo By Tesco

 December 25, 2019     1 comment   



Hari tu masa beli barang Mikail pusing-pusing lah dekat tempat baby sebab nak cari shampoo Anakku yang selalu Mikail guna tu tapi malangnya dekat tesco Anakku tak ada jadi sebab malas nak pergi tempat lain beli lah apa yang ada.

mula tu tak berani nak guna jenama lain takut tak serasi dengan Mikail tapi kalau tak cuba mana nak tau kan. jadi kita pun cuba shampoo dengan tisu basah tu.

pada kita okey sangat tisu basa tu, memang kita suka sebab tak terlalu basah sangat. kadang-kadang ada seseengah jenama tisu basah dia sampai berair dan ada rasa melekit tapi yang ni tak ada langsung kira boleh lah kalau nak guna. harga pun sangat berpatutan 2 pek cuma RM8.90 je macam tu kalau tak salah kita. kalau mikail kena standby 4 pek macam tu.

shampoo tu pulak kira boleh lah, cuma tak lah wangi sangat yang macam mikail selalu guna. ini pun dia guna nak dekat dua bulan macam tu.. kira berbaloilah. harga pun murah jugak dalam 1 botol RM10.99 macam tu.

ini untuk mikail lah ye.. kalau anak korang, korang kena test dulu sama ada kulit anak korang sesuai ke tak dengan sesuatu jenama tu jangan nak jimat tapi kulit anak korang rosak... gituuu lah kisah nya

Read More
Older Posts Home

Copyright © Namia Journal