Sila jangan tanya kenapa cekodok yang kita buat ni jadi leper, hahahahah dah banyak kali buat pun tetap akan jadi leper tak pernah nak jadi bulat macam maktok buat.
bila duduk rumah otak asik fikir pasal makan tapi tak nak makan makanan berat sebab petang-petang kan. jadi dengan rasa malas kita pun pergi tengok apa yang ada dekat dapur tu kot-kot lah ada benda yang boleh di buat supaya jadi makanan.
selepas 10 minit kita cuma nampak ada tepung gandum dengan telur je ( malas nak geledah lama-lama sebenarnya ) jadi kita curah je tepung gandung dalam bekas telak telur pastu curah garam dan sikit serbuk kari.. bancuh dengan air panas .. awas ya jangan terlalu cair bancuhan tepung nya.. pandai-pandai korang lah nak agak cam mana. dah tu goreng lah dalam kuali ikut korang nak jadikan leper atau bulat atau petak pun boleh.
maka terjadilah cekodok leper untuk hi tea .. cukup lah tu bukan nak makan banyak mana pun. nanti malam nak makan lagi kan jadi makan sikit sudah lah .. hahahahah bapak kejam ayat cam tu.. kira okey lah tu dari lapar tak reti nak masak. yang penting sedap.. cerewet tak payah makan simple .... hahahahaha....
1 comments:
Comelnya cekodok leper tu.. hehehe.. Meh anta sikit kat saya..
Post a Comment