Terasa kejap sangat masa berlalu sedar-sedar baby dah makin besar dah, jangan lah besar cepat sangat baby tak puas nak gomol-gomol nak bau masam semua .. ( dasar mak-mak betul )
masa awal-awal tu nak dapatkan rentak punya lah susah, mana lah nak tau baby nak apa bila nangis .. satu perangai comel dia semua pekara dia akan nangis .. mandi nangis, tukar dan pakai baju nangis, tukar pampes nangis macam-macam lah lagi .. tu yang jadi tak tahu apa yang dia nak sebenar nya..
tapi sekarang okey dah sikit sebab dah boleh tahu apa dia nak .. dengar cara dia nangis dah boleh tau dia nak apa .. sama ada nak susu atau nak tido atau nak kena tukar pampers..
lagi satu perangai comel baby dia x boleh di tinggal kan sorang-sorang, kalau dia tido dan bila dia bangun lepas tu dia perasan yang tak ada siapa dekat dengan dia siap lah dia akan nangis macam kena dera .. kihkihkih ...
part dia nangis macam kena dera tu yang tak tahan boleh buat kita rasa nak kunyah-kunyah pipi dia ... ( selalu je pun acah-acah nak kunyah )
ikutkan banyak lagi kita kena belajar, semua tu perlukan masa cuma nak dengan tak nak je lah tapi sebab sayangkan jadi belajar je lahh bukan rugi pun ... biasanya kita tanya kat kawan-kawan yang dah ada anak atau dengan google cari maklumat ..
hiksss tulis sini untuk kenangan masa hadapan, nanti bila baby dah besar bagi dia baca supaya dia tau masa dia kecik-kecik dia macam mana .. gituuu ..
0 comments:
Post a Comment